KESAN HIJRAH

Peristiwa Hijrah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam mengandungi banyak kepentingan dan kesannya, antaranya ialah:-

  • Sudut Agama.
  1. Yathrib secara langsung menjadi pusat penyebaran agama Islam.
  2. Agama Islam berkembang dengan pesat, meluas dan penganutnya semakin bertambah ramai.
  3. Keimanan orang Islam semakin mantap dan bertambah baik.
  4. Umat Islam dapat beribadat dengan lebih terbuka dan selesa.
  • Sudut Politik
  1. Sahifah Madinah atau Piagam Madinah berjaya dibentuk dan merupakan perlembagaan negara yang pertama sekali di dunia. Oleh yang demikian terbentuklah negara Islam pertama, penuh berdaulat yang melaksanakan dasar – dasar kerajaan bersendikan undang – undang Islam sepenuhnya.
  • Sudut Sosial.
  1. Mengubah cara hidup masyarakat yang berpuak – puak atau berkabilah yang sentiasa bermusuhan (Aus dan Khazraj) kepada masyarakat yang bersatu padu dan mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar.
  2. Menanamkan nilai – nilai murni yang bersendikan aqidah dan akhlak.
  3. Membentuk ummah yang kuat melalui amalan hidup bermasyarakat yang adil tanpa penindasan.
  • Sudut Ekonomi.
  1. Kedudukan ekonomi orang Islam di Madinah semakin kukuh. Madinah bukan sahaja kawasan pertanian yang sesuai malahan merupakan kawasan yang strategik dari segi perdagangan kerana letaknya di tengah – tengah antara Makkah dan Syam.
  2. Sistem ekonomi Islam telah diperkenalkan, seperti jual beli, pengharaman riba, penipuan dan rasuah.
  3. Peniaga – peniaga kecil tidak lagi ditindas oleh golongan saudagar.
  4. Kedudukan ekonomi masyarakat Islam semakin kukuh dan seimbang hingga menjadikan masyarakat dan negara lebih makmur, stabil dan maju.

 

 

 

 

 

 

 

Leave a comment